TKC Catat Rekod Hasilkan Jalur Gemilang Guna 180,000 Cap Ibu Jari


SEREMBAN - Kolej Tunku Khursiah (TKC) berjaya melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan 180,000 cap ibu jari pada kain rentang yang berukuran 35.4 meter panjang 31.1 meter lebar. 

Aktiviti itu yang melibatkan 840 pelajar, guru, kakitangan, ibu bapa dan alumni sekolah itu siap dalam tempoh seminggu sejak dimulakan pada 4 September lalu.

Menurut Pengetua TKC, Anismah M. Nor, kos keseluruhan untuk menghasilkan Jalur Gemilang itu berjumlah RM9,500. 


Katanya, kain rentang kemerdekaan menggunakan cap ibu jari yang terbesar di Malaysia itu akan diletakkan berdekatan pintu masuk utama TKC yang terletak di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, dekat sini.

Rekod itu telah disahkan oleh wakil MBOR, Lee Pooi Leng.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com