Tips: Hidangkan 4 Resipi Mudah Untuk Si Kecil Anda


BILA sahaja menjelang musim perayaan, pasangan yang mempunyai anak kecil pasti merasa risau memikirkan menu untuk diberikan kepada si manja kerana bimbang tidak dapat memberi tumpuan kepada pemakanan anak.

Lebih-lebih lagi jika anak anda masih kecil dan sudah tumbuh gigi! Bagi anak kecil yang sudah tumbuh gigi, anda perlu mengajar mereka memakan makanan yang bertekstur dan bukan hanya disuap puri semata-mata.

Resipi teething/finger food yang dibuat sendiri lebih terjamin bebas daripada bahan pengawet dan pewarna yang tidak sesuai untuk anak anda.

Senang cerita, lebih selamat dan diyakini kerana anda menyediakan sendiri menu tersebut untuk anak anda. Cara penyediaannya juga mudah dan cepat!

1. Jejari Roti.


Bahan:
Roti
Unsalted Butter

Cara penyediaan:
1. Sapu unsalted butter atas roti.
2. Potong panjang-panjang.
3. Bakar (suhu 160-180c) selama 15 minit.
*Sila tambah sebarang bahan yang difikirkan sesuai untuk menarik minat si kecil menjamah jejari roti seperti kaya, coklat cair dan sebagainya.

2. Butter Cookies.


Bahan:
Sebuku unsalted butter (guna dalam 200g)
1 1/2 cawan tepung atta
1 1/2 cawan tepung jagung

Cara penyediaan:
1. Pukul butter sampai kembang.
2. Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga sebati.
3. Masukkan unsalted butter.
4. Jika lembik, tambah tepung jagung/tepung atta sehingga adunan mudah diterap.
5. Bakar (suhu 180c) selama 25 minit.

3. Soft Bun.


Bahan:
Cream cheese 190g ditambah dengan 10g air
Tepung gandum 80g
Telur 3 biji
Unsalted butter 2 sudu besar

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas dan blend menggunakan pengisar sehingga sebati.
2. Bakar selama 15-20 minit.

4. Cheezy Bread Banana Puding


Bahan:
2 keping roti
2 biji pisang
1 biji telur
cheddar cheese
Unsalted butter
Kismis

Cara Penyediaan:
1. Potong roti dan sebiji pisang kecil-kecil.
2. Blend sebiji lagi pisang menggunakan pengisar.
3. Masukkan pisang dan roti yang dipotong ke dalam mangkuk. Masukkan pula pisang yang telah di blend dan masukkan telur.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Tabur cheese dan hiaskan dengan kismis.
6. Bakar (suhu 150c) selama 20-30 minit. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com