Tiga Melecur Terperangkap Di Gudang Papan Di Bagan Ajam



BUTTERWORTH - Tiga pekerja warga Myanmar melecur hampir keseluruhan badan selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah gudang penyimpanan papan dekat Jeti Lama, Bagan Ajam, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu terdapat lima pekerja berusia 30-an dilaporkan terperangkap dalam bangunan menempatkan tujuh lot premis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khalil Abdul Rahim berkata, kebakaran itu membabitkan tujuh lot premis meliputi bangunan kosong, tempat penyimpanan barangan runcit, perabot dan peralatan majlis.

“Ketika kejadian, terdapat tiga pekerja lelaki berada di lot penyimpanan peralatan majlis tidak dapat keluar ekoran api marak.

“Ketiga-tiga mereka terperangkap hingga menyebabkan dua daripadanya melecur hampir keseluruhan badan manakala seorang lagi separuh badan sebelum diselamatkan anggota bomba,” katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com