Tiada Pihak Akan Terlepas Jika Wujud Perbuatan Khianat - TPM


BAGAN DATUK - Kerajaan memberi jaminan tiada pihak yang akan terlepas sekiranya wujud perbuatan khianat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur, kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas akan menanti pesalah yang terlibat dari segi perundangan.

“Jika ada suspek yang melakukan perbuatan jenayah, individu itu atau sesiapa sahaja di belakangnya, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan perundangan. Saya beri jaminan.

“Walaupun mungkin kita berbeza pendapat atau berbeza pandangan atau kepentingan tertentu, tetapi soal 
nyawa tidak ada batas kemanusiaan.

“Tidak harus menggunakan kehidupan, nyawa anak-anak ini sebagai bahan perbezaan pendapat jika ada,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com