Terkejut Temui Anak Hanya Bertuala Dengan Teman Lelaki


BUKIT BELIMBING - Alangkah terkejutnya seorang bapa angkat apabila melihat anak gadisnya berdua-duaan dengan teman lelaki di dalam rumah semasa ketiadaannya.

Lebih menyebabkan hatinya berkecai ialah keadaan anak gadisnya yang masih bersekolah di Tingkatan Empat itu hanya memakai tuala mandi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berkenaan yang baru pulang dari pejabat melihat pintu hadapan rumahnya berkunci.

Mohd Yussof berkata, dia kemudiannya masuk melalui pintu belakang dan melihat kedua-duanya sedang berada dalam bilik anak perempuannya.

"Teman lelaki anak angkat perempuannya itu kemudian juga pelajar Tingkatan 4 direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com