Tentera Gagalkan Cubaan Seludup 672 Burung Murai


TEBEDU - Sejumlah 672 ekor burung murai yang cuba diseludup ke Indonesia berjaya dikesan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menjalankan operasi di sempadan semalam.

Cubaan menyeludup haiwan terlindung yang dilakukan oleh empat pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dikesan di laluan tikus berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu pada jam 4.40 pagi.

Jurucakap Markas Divisyen Pertama Infantri TDM berkata, penahanan itu dilakukan oleh anggota Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10R RRD) yang membuat rondaan di laluan tikus berkenaan.

"Hasil siasatan awal, kumpulan PATI terbabit mengaku menerima upah RM50 seorang untuk menyeludup keluar burung itu dari Malaysia," katanya.

Sebelum itu katanya, dua lelaki warga negara jiran di tahan di laluan sama pada jam 2 pagi kerana cuba menyeludup racun dari Indonesia.

"Semua PATI itu diserahkan kepada pihak polis dan sudah dihantar ke Depot Tahanan Sementara Imigresen Semuja, di Serian," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com