Taufan Irma: Lebih Tiga Juta Terputus Bekalan Elektrik


NEW YORK - Lebih tiga juta kediaman dan premis perniagaan di Florida terputus bekalan elektrik apabila Taufan Irma membadai negeri pesisiran selatan Amerika Syarikat (AS).

Syarikat utiliti tempatan menganggarkan jutaan lagi pengguna menerima kesan gangguan elektrik itu apabila taufan menakutkan itu mula bergerak ke sebelah utara.

"Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk memulihkan semula bekalan," kata syarikat utiliti berkenaan.

Taufan Irma membadai Florida awal pagi waktu tempatan dengan diletakkan di bawah Kategori 4, taufan peringkat kedua tertinggi dalam Skala Saffir-Simpson.

Namun pada sebelah petang ia bergerak lemah ke pesisir barat dalam Kategori 2 dengan kelajuan angin maksimum 177 kilometer sejam. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com