Tak Puas Tengok Sekali – Netizen Mahu ‘Repeat’ Tengok Abang Long Fadil 2 di Pawagam


Filem Abang Long Fadil 2 membawa arus baru dalam dunia perfileman yang bermula sedikit perlahan pada tahun ini.

Meraih kutipan lebih RM13 juta selepas dua minggu tayangan di panggung wayang, filem arahan sutradara Syafiq Yusof ini membariskan nama-nama terkemuka dalam dunia hiburan.

Ramai penonton memberi maklum balas memberangsangkan, malah ada antara peminat yang mahu menyaksikan lagi filem Abang Long Fadil 2.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai netizen menyuarakan hasrat untuk menonton filem ini buat kali kedua di pawagam!





Filem Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus dalam dunia mafia yang didalangi Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya, Wak Doyok (Wak Doyok).

Insiden berlaku yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pembunuh upahan bernama Tiger.

Pelbagai aksi dan konflik berlaku dalan perjalanan Fadil membongkar siapa sebenarnya Tiger.

Jika anda ingin mengetahui identiti sebenar Tiger, jangan lepaskan peluang menonton filem Abang Long Fadil 2 di pawagam berhampiran sekarang!

Sumber: PRU14tv

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com