Tak Boleh Masuk Kelas, Rambut Terlalu Pendek!


SEBUAH sekolah didakwa terlalu tegas dengan peraturan berhubung rambut pelajar.

Dakwaan itu dibuat oleh dua ibu yang tidak puas hati apabila anak lelaki mereka diasingkan dengan pelajar lain hanya kerana rambut mereka terlalu pendek.

Lisa Humphrey berkata anaknya, Harry, 13, diasingkan dengan pelajar lain oleh Akademi Havelock di Grimsby selepas gurunya mendapati rambut pelajarnya itu sangat pendek.

Danielle Baker, ibu kepada Jack, 12, mendedahkan anaknya diberi hukuman yang sama pada hari pertamanya di sekolah menengah.

Humphrey, 41, berkata Harry akan berada di rumah selama empat minggu sehingga rambutnya tumbuh, kecuali sekolah tersebut melonggarkan peraturannya.

Katanya, rambutnya anaknya dipotong mengikut potongan biasa ketika kali terakhir dia dibawa ke kedai gunting rambut.

Humphrey berkata: "Mereka kata dia akan terus diasingkan sehingga rambutnya tumbuh ke tahap yang dapat diterima. Dia berasa malu."

Harry berkata: "Saya fikir ia memalukan. Saya rasa agak marah dengan pengurusan mereka. Saya fikir peraturan mereka semakin ketat."

Baker, 33, pula bertindak membawa anaknya bertemu beberapa tukang gunting rambut untuk mengubah gaya potongan supaya dia dapat kembali ke kelas.

Dia berkata: "Saya beritahu mereka bahawa saya tak mahu dia diasingkan dan saya mahu potongan rambutnya diubah.

"Mereka membenarkan dia kembali ke kelas seperti biasa tetapi ironinya ia lebih pendek sekarang.

"Sebenarnya ia tentang potongan rambut kanak-kanak masa kini. Saya percaya ia masih sekolah yang baik dan saya sukakan peraturan mereka, tetapi melibatkan rambut peraturannya terlalu ketat."

Dasar seragam sekolah menyebut bahawa potongan rambut tidak boleh melebihi 'gred dua'.

Guru besar Wendy Jackson berkata: "Kami mengamalkan budaya meletakkan jangkaan tinggi dan tiada alasan dengan mempunyai dasar seragam dan tingkah laku yang jelas yang kami harapkan dapat dipatuhi semua pelajar.

"Ia tidak boleh dirunding dan sudah dijelaskan kepada semua pelajar, serta ibu bapa mereka," katanya. 

Sumber: metroUK

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com