Sumbangan Amal Di Gaint Alor Setar Untuk Misi Pengislaman Orang Asli


ALOR SETAR - Sukarelawan daripada Muslim Care dan Nisa' dan yayasan khalifah telah mengadakan kempen amal bagi meraih sumbangan daripada masyarakat bagi menjayakan misi kemanusian mereka.

Kutipan telah pun diadakan dan bertempat di Gaint Alor Setar dan bakal berakhir pada 20 September ini.

Difahamkan bahawa misi kemanusian tersebut akan ke perkampungan orang asli di Taman Negara Pahang bagi tujuan kebajikan dan misi pengislaman orang asli mulai 21 hingga 24 september ni.

Bersempena dengan tahun baru hijrah yang bakal kita sambut, pihak mereka berbesar hati untuk menyambut sesiapa sahaja yang berkenan untuk menyerahkan telekung yang sudah tidak digunakan tetapi masih dalam keadaan elok.

Ini bertujuan untuk disedekahkan kepada golongan orang asli yakni saudara baru yang memeluk islam.

Selain itu, orang ramai turut dialu-alukan untuk meghulurkan kelengkapan lain seperti kain batik dan baju T-shirt.

Misi kemanusiaan tersebut akan berangkat pada 21 September jam 10 pagi dari Bedong, keperihatinan anda amat dihargai dan tiada paksaan.

Moga sedikit infaq kita akan memberi banyak kelebihan pada pengakhiran hidup kita dan semoga Allah pandang kita dengan kasih sayang dan rahmatnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com