Suara PAN Tidak Lagi Diperdulikan PKR?


PARTI Amanah Negara (PAN) kini tersepit apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu meneruskan kerjasama dengan PAS walaupun Pakatan Harapan telah memutuskan tiada kerjasama lagi dengan PAS.
PAN semacam mahu disisihkan oleh PKR dalam pembahagian kerusi pada pililhanraya umum akan datang.
Di Kedah, PKR sudah ' menempah' awal hampir separuh kerusi DUN di Kedah untuk PRU akan datang, iaitu tambahan 6 lagi kerusi berbanding 10 kerusi pada PRU13 sedangkan PAN juga  menyasarkan negeri itu selain PAS.
Terbaharu PKR menyatakan tidak mahu melayan desakan sekutunya, PAN supaya PKR menyatakan pendirian dengan jelas soal kerjasama mereka dengan PAS di negeri Kelantan. Ini mendedahkan lagi pekung antara kedua parti pimpinan Mohamad Sabu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
 
Kelantan kini menjadi 'rebutan' antara Barisan Nasional dan PAN. PAS pula mahu mempertahankan pemerintahan negeri 'Serambi Mekah'
Perkara itu jelas apabila Pengarah Komunikasi PKR negeri, Mohd. Sukirman Mustafa hanya menegaskan bahawa parti patuh dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR agar tidak memutuskan hubungan dengan PAS tanpa mahu mengulas desakan daripada PAN.
Dalam masa sama, beliau juga mengakui PKR dan PAN mempunyai pandangan berbeza dalam isu tersebut, bagaimanapun yakin perkara itu akan kembali pulih seperti sedia kala.
"Anwar bukan sahaja Ketua Umum PKR, tetapi juga Ketua Umum Pakatan Harapan. Jadi kami sebagai ahli akan akur kepada ketua kami," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia pertelingkahan antara PKR dan PAN di negeri ini semakin memuncak apabila pemimpin kedua-dua parti itu saling menyerang sesama sendiri secara terbuka di laman sosial Facebook.
Ketegangan tersebut dikaitkan dengan tindakan pemimpin PAN yang mahu PKR segera menyatakan pendirian dengan jelas mengenai soal kerjasama dengan PAS di Kelantan.
Perang mulut pemimpin kedua parti itu tercetus dengan Timbalan Pengerusi PAN negeri, Che Ibrahim Mohamed meninggalkan komen di Facebook Mohd. Sukirman meminta penjelasan mengenai kerjasama tersebut.
Pergolakan semakin ketara apabila beberapa pemimpin PAN secara terbuka menyerang pemimpin PKR menerusi Facebook ekoran sikap mereka yang condong untuk bekerjasama kembali dengan PAS.
DAP mahu melihat PAS tumbang pada PRU ini di Kelantan jika tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.- kedahnews.com

 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com