Skuad B-18 Malaysia Tewas, Sekadar Naib Juara Piala AFF


PETALING JAYA - Skuad muda negara merangkul gelaran naib juara Piala AFF Bawah 18 Tahun 2017.

Pasukan bimbingan Bojan Hodak itu tewas 2-0 pada aksi akhir bertemu Thailand di Stadium Thuwunna, Yangon pada Ahad.

Pun begitu, pada babak pertama perlawanan, skuad negara mendominasi permainan dengan beberapa percubaan ke arah gol Thailand.

Bagaimana pun, ketiadaan penyudah yang baik membuat kedua-dua pasukan terikat tanpa jaring.

Namun skuad muda Gajah Putih yang juga juara bertahan kejohanan ini bangkit menunjukkan permainan sebenar dengan menjaringkan dua gol kurang daripada sepuluh minit babak kedua bermula.

Keputusan ini sekaligus meghampakan harapan peminat bola sepak tempatan untuk melihat skuad B19 negara merangkul gelaran sulung kejuaraan.

Namun ia keputusan ini juga dianggap terbaik selepas kali terakhir Malaysia bergelar naik juara pada tahun 2007.

Untuk rekod, gelaran naib juara ini merupakan yang kelima selepas tahun 2003, 2005, 2006 dan 2007.

Manakala Thailand merupakan juara empat kali iaitu 2002, 2009, 2011 dan 2015.

Sumber: mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com