Sempena Cuti Umum, Tun M Bawa Isteri Makan Angin Naik MRT


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat tidak melepaskan peluang mencuba kemudahan awam terbaharu, Transit Aliran Massa (MRT) pada musim cuti sambutan Hari Raya Aidiladha dan cuti peristiwa khas sempena kejayaan Malaysia di Sukan SEA ke-29, baru-baru ini.

Tun Mahathir sempat merakam gambar kenangan ketika menaiki MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) bersama kapsyen 'Bersama Isteri Tersayang Menaiki MRT SBK' di laman Facebook peribadinya hari ini.

Pengguna media sosial turut memuji pasangan berprofil tinggi tersebut dan menganggap mereka sebagai  idola dan wajar dijadikan contoh kerana turut sama menghargai kemudahan infrasturktur yang sedia ada.

Setakat ini, muat naik tersebut sudang diulang kicau sebanyak 9,538 kali dan lebih 12,000 'like'.

Dalam satu imej lain, Tun Mahathir kelihatan mengambil gambar penumpang yang bersama-sama beliau menaiki MRT.

Seorang pengguna media sosial, Martin Lim berkata, jasa Dr Mahathir sememangnya dikenang dan turut mendoakan agar pasangan tersebut dikurniakan kesihatan yang baik.

Mohamed Nizam Mohamad Mokhtar berkata, "you built the foundation for what Malaysia it is today. A solid and lasting foundation that is felt by everybody today young and old, that cannot be undone by ANYONE. A very big Thank you! 

Seorang lagi pengguna Facebook bernama Rose Niza Latiff berkata, "kalau saya ada dalam tu, saya akan selfie dgn Tun dan perkenalkan pada anak2 saya. Anak sulung saya pernah bersalaman dgn Tun, dia punya teruja cerita... dia bangga dapat jumpa walau sekejap, tupun baru berumur 14 tahun. Kenapa dia kenal dgn Tun,sbb kami selalu menceritakan siapakah tun di mata kami."

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com