Selepas Suami Meninggal Nahas, Rumah Mak Da Pula Terbakar



SIK - Episod pilu seorang ibu tunggal Mak Da atau Sarimah Ibrahim, 53 belum berakhir.

Selang beberapa bulan selepas suami meninggal akibat nahas jalan raya, rumahnya di Kampung Melaka, Gulau Sik pula terbakar kelmarin.

Kebakaran itu terjadi semasa Mak Da sedang menunaikan solat maghrib kira-kira pukul 7.30 petang.

Bagaimanapun, api yang sedang marak membakar rumah ibu tunggal itu berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran sebelum pasukan bomba sampai.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Jenerai, Mahadzir Abdul Hamid, ketika  beliau bersama 16 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Yayasan Jariah Malaysia (YJM) Sik  sampai, api telah pun berjaya dipadamkan.

"Saya amat berterima kasih di atas kepantasan penduduk memadamkan api sebelum keseluruhan rumah terbakar," katanya.

Kata beliau, dianggarkan hampir 40 pertaus rumah Mak Da terbakar, dipercayai berpunca dari litar pintas atau api lilinyg dinyalakan.

Menurut Mahadzir yang juga pengasas dan Pengerusi PBS Briged Sukarelawan 1Malaysia, bomba dan penyelamat masih menyiasat punca dan jumlah kerugian. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com