"Saya Lelaki Normal, Masih Suka Perempuan"


Gara-gara sikapnya yang teliti menjaga penampilan dan sentiasa kelihatan kemas, Erwin Dawson mengaku ada pihak yang menganggap dia seorang gay.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon kelahiran Singapura ini bagaimanapun menegaskan dia adalah lelaki normal yang masih menyukai wanita.

"Saya ada sedikit gangguan obsesif kompulsif (ocd) dan memang sangat teliti apabila membabitkan penampilan diri.

"Saya ingin sentiasa kelihatan kemas bukan hanya diri sendiri, tetapi rumah dan kereta saya juga harus dalam keadaan bersih dan teratur," katanya yang mula dikenali menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz ini.

Erwin akui ada kawan-kawan yang bertanya terus kepadanya sama ada dia gay atau sebaliknya.

"Mereka bertanya sekadar inginkan kepastian kerana melihat sikap dan wajah saya yang mereka kategorikan sebagai 'jambu'.

"Hakikatnya, kerjaya sebagai pelakon membuatkan saya mengambil berat ketrampilan diri," katanya.

Apapun Erwin akui dirinya bukanlah individu yang mudah terasa hati.

Katanya, sesiapa yang mengenalinya mesti tahu dia bukanlah orang yang cepat terasa sebab itulah mereka berani bertanya soalan seperti itu kepadanya.

Sumber: MalaysianDigest

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com