Rugi RM50,000, Kereta Pengusaha Produk Kecantikan Kena Pecah



PENERBIT filem, Datuk Normashayu Puteh, 41, mengalami kerugian hampir RM50,000 selepas keretanya dipecahkan penjenayah di Putrajaya, malam tadi.

Beliau yang juga pengusaha produk kecantikan ketika dihubungi berkata, selain keretanya, beberapa kereta milik pemandu lain yang diletak di lokasi berhampiran turut mengalami nasib sama.

"Saya menyedari kereta dipecah kira-kira 11 malam selepas diberitahu rakan yang kebetulan berada di situ.

"Pelik juga bagaimana ia boleh berlaku, walhal kereta diletak di tempat terbuka dan terdapat polis bantuan yang mengawal kawasan sempena Festival Merdeka Rides 2017," katanya.

Dia berada di Putrajaya sejak 8 September lalu sebagai salah seorang usahawan yang berniaga di festival itu.

Penerbit filem Tokan dan Gamatisme itu berkata, dia kehilangan enam utas jam tangan berjenama bernilai RM25,000, beg kulit berjenama bernilai RM14,000, minyak wangi berjenama dan wang tunai.

Laporan polis dibuat selepas kejadian.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com