Pusat tahfiz terbakar: 'Saya Hantar Dua Pasang Jubah, Serban Untuk Anak Saya Malam Tadi' - Bapa Mangsa


KUALA LUMPUR - "Saya beli dua pasang jubah, serban dan malam tadi saya jumpa dia dan pagi ini (Khamis) kami terima berita menyedihkan."

Itu kata-kata Nik Azlan Nik Abdul Kadir, bapa salah seorang mangsa, Nik Mohd Ridzuan, 12 tahun yang dikhuatiri maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Kampung Datok Keramat di sini semalam.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi di sekitar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Kampung  Datuk Keramat  akibat kejadian kebakaran yang telah mengorbankan lebih 20 penghuni pusat tahfiz awal pagi semalam.

Orang ramai yang mendengar berita menyedihkan itu pantas berpusu-pusu datang di kawasan tragedi untuk melihat sendiri apa yang berlaku.

Lebih memilukan apabila ibu bapa serta ahli keluarga mangsa mula hadir bagi mengetahui perkembangan terkini dan status anak-anak mereka.

Anaknya, antara 23 mangsa yang terbakar termasuk dua warden antara mangsa yang terbunuh dalam tragedi kebakaran yang berlaku awal pagi semalam

"Kali terakhir saya jumpa dia malam tadi jam 10 malam.Dia kata dia perlukan jubah untuk pergi ke majlis tahlil di rumah Perdana Menteri. Jadi saya bawa dua pasang jubah dan serban dan itulah kali terakhir saya jumpa dia," kata Nik Azlan.

"Saya juga bawa banyak makanan kepada dia dan kawan-kawan dia selain barang-barang keperluan.Dan malangnya pada pagi ini saya terima berita buruk dan menyedihkan.Malah saya juga turut berjumpa dengan kedua-dua warden malam kelmarin dan mereka juga turut terkorban".

Setakat ini, 23 pelajar pusat tahfiz tersebut dilaporkan terkorban dalam kejadian terdsebut manakala lima lagi cedera dan kini telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk urusan bedah siasat.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com