Prosiding Siasatan Kerugian BNM: Anwar Mahu Nor Mohamed Dipecat


DATUK Seri Anwar Ibrahim, saksi ke 21 Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) atas urus niaga mata wang asing mahu bekas Penolong Gabenor BNM itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dipecat.

Ia berdasarkan kepada perjumpaan antara beliau dengan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein yang memberi penjelasan sebelum Jaafar meletakkan jawatan.

"Penjelasan terakhir yang sangat tepat kerana mengesahkan Nor Mohamed Yakcop telah melebihi mandat yang diberikan…tidak memberi laporan yang benar kepada dia (Jaafar).
 
"Saya arah supaya Nor Mohamed Yakcop dipecat, kalau boleh jam empat petang (pada ketika perjumpaan itu)," kata Anwar sepertimana yang dilaporkan oleh MalaysiaGazette.

Malah Nor Mohamed juga pada pandangan Anwar tidak memberikan laporan yang tepat berhubung kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami oleh BNM.

Menurut Anwar, perkara itu diketahui beliau selepas dimaklumkan sendiri oleh Jaafar yang berjumpa dengannya sebelum mengadakan lawatan ke Hawaii pada 1994.

Nor Mohamed Yakcop semalam dalam kenyataannya kepada RCI mengaku sebagai individu yang bertanggungjawab bagi segala urusan pengendalian urus niaga mata wang asing yang dijalankan BNM.

Bekas menteri itu berkata beliau memikul tanggungjawab itu sejak 1986.

Sementra itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri sewaktu kerugian besar wang negara ini berlaku turut hadzir untuk mendengar keterangan Anwar semalam.

Sehingga prosiding semalam Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) masih belum memanggil beliau lagi untuk beri keterangan.

Dr Mahathir muncul di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 2.23 petang. Beliau masuk dan duduk di galeri awam untuk mendengar prosiding yang diadakan secara terbuka itu.

Inilah kali kedua Dr. Mahathir datang untuk mendenga sendirir posiding itu selepas muncul kali pertama pada 24 Ogos lalu semasa hari kedua pendengar siasatan itu - Kedahnews.com

 

 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com