Polis Buru Lelaki Pecah Tabung Masjid Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah


ALOR SETAR - Pihak polis kini sedang mempergiatkan usaha memburu seorang lelaki yang dipercayai cuba untuk mencuri tabung derma di masjid ibu pejabat polis kontinjen (IPK) negeri Kedah.

Insiden yang berlaku pada jam 6.15 pagi pada Khamis lalu itu disedari oleh seorang imam berusia 32 tahun yang tiba di masjid tersebut untuk solat Subuh.

"Bila imam masuk ke dalam masjid, dia terdengar bunyi bising dan mendapati seorang lelaki cuba memecah mangga peti derma.

"Suspek bergegas keluar dan melarikan diri dengan motosikal melalui pintu belakang IPK. Lelaki itu meninggalkan beg yang mengandungi pelbagai peralatan," katanya

Menurut imam tersebut, gerak-geri dan gambar pencuri tersebut dapat dirakam melalui CCTV.

"Tiga kes kecurian berlaku di masjid itu sebelum pemasangan CCTV," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk tanpa kecurian," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com