PM Akan Terus Dikritik Mahathir, Pembangkang Walaupun Lakukan Perkara Baik


WALAUPUN tindakan kerajaan betul dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, apa sahaja perkara yang dicadang dan dilakukan oleh Perdana Menteri dijadikan isu oleh Dr. Mahathir dan parti pembangkang lain 

"Malah jika Najib tidak bertemu pemimpin asing seperti Presiden Amerika Syarikat  Donald Trump,  Dr Mahathir akan berkata 'Najib takut untuk melakukan perjalanan ke negara lain kerana bimbang  ditangkap'.

"Kemudian, ketika Najib pergi ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Presiden Donald Trump, mereka mengatakan perdana menteri membayar pelobi untuk mengaturkan pertemuan itu," kata Salleh menerusi catatan terbaharu dalam blognya (sskeruak.blogspot.my) pada Ahad.

Beliau berkata apa sahaja tindakan dilakukan oleh Najib tidak dapat memuaskan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan kerana mereka hanya mahu semata-mata mengkritik dan bukan untuk kebaikan negara.

"Mereka ingin memberi gambaran bahawa tiada apa yang dilakukan oleh Najib adalah betul dan hanya Dr Mahathir dan Pakatan Harapan sahaja yang betul.

"Masalahnya ialah Dr Mahathir menggunakan standard dan tindakan beliau untuk menilai Najib.
"Hanya kerana Dr Mahathir membayar jutaan kepada pelobi-pelobi untuk pertemuannya dengan Presiden Bush dan ini tidak bermakna Najib mesti melakukan perkara yang sama," katanya.

Salleh berkata: "Dr Mahathir tidak mungkin dapat bertemu Bush melainkan jika beliau membayar untuk pertemuan itu...oleh itu pembangkang fikir Najib juga tidak dapat bertemu dengan Trump melainkan beliau membayar untuk mesyuarat itu.

"Mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa Dr Mahathir perlu bayar untuk bertemu Bush manakala Najib tidak perlu berbuat demikian untuk bertemu dengan Trump. Itulah yang paling menjejaskan Pakatan Harapan," katanya.

Pada 12 Sept lepas, Najib mengadakan pertemuan dengan Trump di Rumah Putih  Washington DC dan diberi layanan mesra oleh Presiden Amerika itu selain menerima beberapa cadangan Malaysia..

Najib juga dikritik oleh Dr. Mahathir dan pemimpin pembangkang kerana melabur di negara itu menggunakan dana KWSP sedangkan perkara yang sama dilakukan oleh Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun veliau mentadbir negara. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com