Perkampungan Rohinga Sedang 'Dipadamkan' Dari Peta


AMNESTY International yang menyiarkan gambar terbaru dirakam satelit menunjukkan perkampungan terbakar di negeri Rakhine, Myanmar, mendakwa pasukan keselamatan negara itu melakukan operasi pembersihan sistematik terhadap penempaatan etnik Muslim Rohingya sejak tiga minggu lalu.

Menurut pertubuhan itu, sekurang-kurangnya 26 kampung dibakar berdasarkan tapak sisa kebakaran yang dikesan dalam gambar.

Menurut Amnesty, pengesan kebakaran pada satelit juga mengesan 80 kebakaran besar di seluruh Rakhine sejak 25 Ogos lalu, apabila tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan selepas serangan militan Rohingya terhadap pos tentera dan polis.

“Negeri Rakhine sedang terbakar. Ia jelas kempen pembersihan etnik oleh pasukan keselamatan Rohingya,” kata penyelidik Amnesty International, Olof Blomqvist.

Menurut pertubuhan itu, etnik Rohingya meenyatakan melihat anggota keselamatan Myanmar dan penduduk tempatan menggunakan petrol atau roket mudah alih untuk membakar rumah penduduk sebelum menembak mereka yang melarikan diri.

Di kawasan penempatan bercampur, seperti di Inn Dinn, imej menunjukkan hanya rumah Rohingya dibakar.

Myanmar yang menafikan pasukan keselamatannya mensasarkan etnik Rohingya, menegaskan militan yang membakar rumah terbabit.

Kerajaan negara itu menyatakan hampir 40 peratus perkampungan Rohingya di utara Rakhine kini kosong.

Pelarian Rohingya yang yang ditemu ramah menyatakan tentera menembak penduduk yang melarikan diri sebelum memusnahkan seluruh perlampungan dengan bantuan penduduk Buddha.-AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com