Perginya Seorang Sultan Berjiwa Rakyat - Netizen


KUALA LUMPUR- “Perginya seorang Sultan yang berjiwa rakyat", itulah antara luahan netizen dan kenalan susulan pemergian Sultan Kedah, Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Almarhum dilapor mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Menyifatkan Almarhum sebagai seorang Sultan yang pemurah dan penyayang, netizen merakamkan doa dan ucapan takziah kepada Almarhum serta seluruh kerabat keluarga Diraja.

"Raja sejati utara telah meninggal dunia. Berakhir 59 tahun pemerintahan. Al-Fatihah kepada Sultan Kedah yang saya cintai," tulis seorang netizen, Edd Zahir. 

Najwan Halimi tulis, "Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kehilangan besar buat negeri Kedah dan negara Malaysia."




Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com