Pengikut Justin Bieber Di Twitter 100 Juta!


PENYANYI sensasi Justin Bieber mencipta rekod tersendiri apabila pengikutnya di Twitter mencecah 100 juta.

Angka itu juga menjadikan Justin individu kedua dengan jumlah pengikut terbanyak di laman sosial itu selepas Katy Perry dengan 103 juta pengikut.

Pihak Twitter turut memuat naik ucapan tahniah kepada Justin atas pencapaian itu dengan hastag #100MBeliebers selain mewujudkan emoji khas untuk Justin.

Twitter juga turut mengeluarkan beberapa fakta menarik tentang penyanyi lagu Sorry itu sejak dia menyertai Twitter pada Mac 2009.

Antara fakta menarik adalah perkataan Belieber telah di ulang Tweet sebanyak 84 juta kali.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com