Pemuda UMNO Buat Report Polis Atas Keceluparan Guan Eng Fitnah SPRM


PEMUDA UMNO Pulau Pinang tidak mahu kenyataan biadab oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu terhenti atau dilupakan  begitu sahaja tanpa sebarang tindakan tegas berikutan keceluparan mulutnya yang mencalar imej  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sehubungan itu Pemuda UMNO bertindak membuat laporan polis kelmarin terhadap Setiausaha Agung DAP itu berhubungan   kenyataan `penahanan haram’ yang dibuat terhadap suruhanjaya itu.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, laporan itu dibuat supaya siasatan serta tindakan tegas dapat diambil terhadap kenyataan yang disifatkan berbaur fitnah tersebut.

Menurut beliau, kenyataan `penahanan haram’ yang dibuat Guan Eng bagi merujuk tindakan ke atas Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phoo Bon Poh itu juga secara jelas mencemar nama baik dan mencalar imej SPRM.

“Laporan polis ini juga dibuat kerana sehingga kini Guan Eng terus mengelak daripada memohon maaf secara terbuka kepada SPRM meskipun sudah diarahkan berbuat demikian, " katanya
kepada pemberita selepas mengetuai beberapa ahli Pemuda UMNO negeri termasuk timbalannya, Jasmin Noordin membuat laporan polis itu di ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut di pada Rabu lepas.

SPRM pada 25 Ogos lalu memberi tempoh 48 jam kepada Guan Eng untuk memohon maaf dan menarik balik tanpa syarat kenyataan yang merujuk penahanan reman Boon Pooh bagi membantu siasatan kilang haram habuk kayu di Penanti di sini sebagai `penahanan haram’.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, Guan Eng terus membisu sekali gus menyebabkan SPRM memutuskan akan mengambil tindakan terhadap beliau selepas bermesyuarat pada 4 September lalu.

Pada 12 Ogos lalu, Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung operasi kilang habuk kayu haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini.

Bagaimanapun, tahanan reman Boon Poh itu serta dua individu pemilik kilang berkenaan dibatalkan Mahkamah Tinggi di sini pada 14 Ogos lalu selepas mendapati bertentangan dengan Seksyen 117 (5) Kanun Prosedur Jenayah.

Guan Eng kini sedang menghadapi perbicaraan atas  dua tuhduhan kes rasuah kerana didakwa menyalahgunakan kuasa. - Kedahnews.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com