Pemuda UMNO Baling Desak Myanmar Dikeluarkan Dari ASEAN


PEMUDA UMNO Bahagian Baling turut mendesak ASEAN mengeluarkan Myanmar daripada menganggotai kesatuan negara-negara Asia Tenggara berikutan kekejaman kerajaan negara itu terhadap etnik minoriti yang beragama Islam di wilayah Rakhine.

Ketuanya Mohd Noor Mohd Amin berkata, mereka juga mahu Anugerah Nobel Keamanan yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aun Sann Suu Kyi ditarik balik.

Ini kerana pejuang hak asasi manusia itu berdiam diri dan tidak memainkan peranannya untuk mengatasi kezaliman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya, katanya yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Kedah.

Apa yang berlaku di wilayah Rakhine tidak langsung mencerminkan Suu Kyi berhak menerima Anugerah Nobel Keamanan itu, katanya selepas mengetuai Perhimpunan AMAN Malaysia bagi membantah kezaliman itu  di hadapan Masjid Pekan Baling semalam. 

Turut serta dalam perhimpunan secara aman itu ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Khairul Azhar Abdullah, ahli jawatankuasa UMNO bahagian, ahli pergerakan Pemuda, Wanita,serta NGO dan penduduk Baling.

Mohd Noor yang juga Naib Pengerusi AMAN Malaysia berkata perhimpunan ini adalah sebagai protes di atas kekejaman itu dan bagi membuktikan solidariti rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada.

"Kami akan terus memperjuangkan hak ke atas umat Islam yang dizalimi agar mereka mereka juga dapat menikmati kehidupan yang aman damai seperti rakyat di negara kita, " katanya lagi -. Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com