Pelarian Rohingya Tak Akan Dihantar Ke Sarawak


PUTRAJAYA - Kabinet memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia tidak akan dihantar ke Bau dan Serian di Sarawak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Riot dalam kenyataan berkata, jaminan itu diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Riot berkata, isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak adalah berita palsu dan meminta semua pihak agar tidak mempercayai berita seperti dilaporkan beberapa media tempatan sejak ia menjadi tular di media sosial.

Beliau turut menggesa mereka yang menerima berita sedemikian menerusi platform media sosial supaya membuat laporan dengan pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com