Pasangan Paksa Anak Minum Arak, Hisap Ganja Ditangkap


FORMOSA, Argentina – Tindakan sepasang ibu bapa yang memaksa anak mereka meminum bir dan menghisap rokok mengandungi ganja menerima padah apabila ditahan oleh polis di sini baru-baru ini.

Satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kanak-kanak perempuan itu berada dalam keadaan mabuk sewaktu ibu bapanya melakukan perbuatan itu.

Dalam klip video sama, kedua-dua ibu bapa itu juga ketawa ketika anak perempuan mereka nyaris jatuh selepas dia pengsan akibat mabuk.

Kedua-dua suspek, masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa video itu sekadar gurauan dan tiada alkohol atau rokok diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Pasangan itu ditahan polis di kediaman mereka dan kanak-kanak malang itu kini diserahkan kepada neneknya untuk penjagaan sementara.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com