PAS Mahu Penyokong Yakin, Tak "Diperbodohkan" DAP Lagi Pada PRU Ke-14


PAS akan terus berusaha meyakinkan pengundinya bahawa penyokong PAS selama ini telah diperbodohkan oleh DAP.

"Kita tidak akan berdiam diri dengan strategi DAP untuk menjatuhkan PAS yang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi sokongan kepada Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, " kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut Nik Mohd Amar, strategi politik DAP seperti sesumpah yang bertukar warna mengikut keadaan dan tempat. Para pengundi mesti menolak DAP yang ultra sekular dan anti Islam ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa pertembungan tiga penjuru akan berlaku kerana wujudnya politik angkuh dan oportunis yang diamalkan oleh DAP. 

Mohd Amar berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Lim Kit Siang yang mendakwa Pakatan Harapan perlu menerima kenyataan yang mereka terpaksa bertembung tiga penjuru dengan PAS dan BN.

DAP juga mendakwa PAS akan kalah di Kelantan jika tidak  bekerjasama dengan Pakatan Harapan sementara PAS pula mendakwa tanpa kerjasama PAS,  Pakatan Harapan sukar untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sementara itu DAP kini seolah-olah mahu menggunakan semula khidmat penyokong PAS untuk menyerang  UMNO berdasarkan asalan hubungan baik Najib-Hadi dan ura-ura kerjasama UMNO - PAS.
.
Kit Siang  dalam kenyataannya kelmarin meminta supaya anggota Pakatan Harapan untuk memberi penjelasan kepada ahli PAS iaitu setiap undi PAS adalah ibarat seperti memberi undi kepada UMNO.

Dalam perkembangan yang lain, Parti Amanah Negara (PAN) memberi nasihat kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menerima pandangan dan keputusan yang dibuat Pakatan Harapan berhubung tiada lagi  kerjasama politik dengan PAS.

Pengarah Komunikasi PAN  Khalid Abdul Samad bimbang sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan dicapai Pakatan Harapan hanya akan menimbulkan masalah lain.

“Selagi Azmin tidak berikan kami satu penghujahan dan penjelasan yang boleh meyakinkan kami bahawa keputusan itu (berunding dengan PASs) adalah sesuatu yang perlu diteruskan, kita juga berhak mempunyai pandangan masing-masing, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Azmin bahawa tindakan beliau berunding dengan PAS adalah tepat. Ia susulan kenyataan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju hubungan PKR dengan PAS diteruskan.

“Azmin juga menghormati keputusan tersebut, jadi kami anggap masalah ini selesai. Nak (teruskan) berunding dengan PAS, itu pandangan beliau. Kita sudah berbahas dan berbincang  hampir tiga jam, saya rasa wajarlah Azmin terima pandangan rakan-rakan yang lain.

Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PAS sementara PAS berulangkali  juga menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Tindakan Azmin berunding dengan PAS dengan membelakangkan Pakatan Harapan menimbulkan syak wasangka oleh beberapa pemimpin PKR dan parti sekutunya termasuk DAP. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com