Orang Ramai Serbu Kedai Jual Ayam Seekor RM1 Di Sungai Petani


SUNGAI PETANI - Ayam seekor RM1?

Ia barangkali kedengaran agak mustahil namun itu yang ditawarkan oleh syarikat Ayam Bismi Sdn. Bhd. sempena pembukaan cawangan baharu di Jalan Mawar, Taman Pekan Baru di sini semalam.

Akibatnya ratusan pengguna membanjiri premis itu seawal pagi untuk membeli ayam pada harga tersebut yang disediakan cuma untuk 100 pembeli pertama.


Pengurus cawangan itu, Mohd. Saffuan A. Karim berkata, penduduk mula berbaris sejak pukul 6.30 pagi untuk membeli ayam segar dengan harga istimewa yang ditawarkan itu.

“Bagaimanapun, ayam yang berharga RM1 seekor habis dijual dalam masa begitu singkat setelah penduduk berbaris panjang untuk membelinya dan sanggup berada di tepi jalan raya utama menuju ke Jalan Penghulu Him di sini.

“Selepas habis menjual ayam ditawarkan itu, kita terus jual ayam dengan harga biasa iaitu RM5.99 bagi setiap satu kilogram. Sambutan orang ramai untuk membeli ayam tersebut, amat menggalakkan,” katanya.

Menurutnya, harga ayam RM5.99 sekilogram akan djual hingga 10 September ini.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com