Orang Asli Ini Bertuah Kerana Di Islamkan Oleh Baginda


ALOR SETAR - Wajar dikatakan, ia adalah satu perjalanan hidup yang tidak dapat dilupakan dan diri sangat beruntung kerana diislamkan oleh Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tok Batin, Razali Kulim merupakan individu pertama dari kalangan masyarakat orang Asli  yang diislamkan oleh Almarhum Sultan Kedah pada 31 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, sebanyak 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong, di Baling juga turut diislamkan di hadapan Almarhum sekitar tahun 1986.

“Bawah khemah sekitar jam 11.30 pagi di kampung inilah, baginda mengislamkan kami termasuk saya yang waktu tu masih belasan tahun,” ujarnya.

Bukan sahaja ia menjadi kenangan yang paling indah untuk seumur hidup, bahkan Almarhum juga turut disenangi kerana keperibadiannya yang sopan dan sentiasa ambil berat permasalahan masyarakat Orang Asli Ken Sieu.

“Baginda melalui pegawai istana atau penghulu mukim selalu bertanya khabar termasuk beri bantuan makanan,” ujarnya.

Selain itu, Almarhum juga sentiasa berpesan kepada mereka agar sentiasa berpegang teguh kepada agama Islam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com