Oh Syamel, Nyanyian Itu Sangat Memukau - Datuk Siti Nurhaliza


PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza terpukau dengan persembahan Syamel yang menyampaikan lagu Diari Hatimu di pentas AF Megastar semalam.

Siti menyatakan rasa kagumnya menerusi Twitter, sebaik sahaja Syamel selesai menyampaikan lagu tersebut.

"Oh Syamel nyanyian itu sangat memukau," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata peminat AF Megastar juga turut menyatakan rasa puas hati melihat persembahan naib juara AF2015 itu.

Mereka juga memuji keberanian Syamel membawakan lagu Datuk Siti dan berharap penyanyi itu terpilih ke peringkat seterusnya.

Selain itu, penonton AF Megastar juga berharap Syamel dapat mengekalkan momentum persembahannya jika berjaya ke konsert minggu hadapan.

Teks oleh: Mya Amri
Foto: Instagram @akademifantasia & Twitter @ctnurhaliza11

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com