Nelayan Ditahan Rogol Pelancong Warga New Zealand Di Bayan Lepas


GEORGETOWN- Polis menahan seorang nelayan berusia 28 tahun selepas dipercayai merogol pelancong warganegara New Zealand di Bayan Lepas di sini.

Difahamkan, operasi memburu suspek itu dijalankan sejak enam hari lalu oleh pasukan polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata berdasarkan maklumat diperoleh, pihaknya menjalankan serbuan di rumah supek sebelum memberkas lelaki itu pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan dan lelaki itu juga didapati positif dadah jenis Methapethamine.

"Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi Ahad lalu, suspek dipercayai bertindak merogol mangsa ketika wanita berusia 26 tahun itu sedang berjalan kaki pulang ke rumah sewanya di kondominium di Tanjung Bunga, di sini.

Menurut sumber, suspek menarik tangan mangsa sebelum merogolnya di jalan belakang kawasan perumahan itu dan melarikan diri selepas terdengar jeritan orang awam.

Katanya, ketika kejadian mangsa baru sahaja pulang dari sebuah kelab malam di pusat bandar dan dikatakan berada di negeri ini sejak sebulan yang lalu kerana mempunyai urusan perniagaan.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com