Misil Korea Utara Gemparkan Jepun


JUTAAN penduduk Jepun dikejutkan dengan siren kecemasan dan pesanan teks memberitahu peluru berpandu ditembak ke arah negara itu pagi kelmarin, berikutan misil Korea Utara melintasi Jepun menuju ke Lautan Pasifik.

“Peluru berpandu dilancarkan! Peluru berpandu dilancarkan dari Korea Utara!” kata-kata amaran melalui pembesar suara di Cape Erimo di sleatan Hokkaido.

Rancangan pagi di televisyen yang biasanya menyiarkan amalan pemakanan dan gajet, menyiarkan amaran: “Masuk ke dalam bangunan atau ruang bawah tanah.”

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata, Tokyo tidak lagi boleh bertolak ansur terhadap tindakan Pyongyang yang dianggap provokasi bahaya dan mengancam keamanan dunia itu.

“Jika Korea Utara meneruskan tindakan ini, ia tiada masa depan. Kita perlu buat Koera Utara faham,” katanya.

Peluru berpandu itu terbang melintasi Jepun selama kira-kira dua minit namun ia tidak jatuh dalam wilayah Jepun.

Pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara itu dilakukan sehari selepas Pyongyang mengeluarkan amaran terhadap Jepun yang menyertai Amerika Syarikat menyokong sekatan terbaru terhadap Korea Utara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Empat pulau ‘archipelago’ (Jepun) wajar ditenggelamkan oleh bom nuklear, ” kata kenyataan Jawatankuasa Keamanan Korea Asia-Pasific (KAPPC).

Selain kepala bom nuklear, Korea Utara mendakwa ia juga memiliki bom hidrogen yang boleh di pasang pada peluru berpandu.

Korea Selatan bertindak balas segera dengan melancarkan latihan serangan peluru berpandu antara benua yang dilakukan ketika peluru berpandu Korea Utara masih terbang.

Satu peluru berpandu Hyunmu Korea Selatan terbang sejauh 250 kilometer ke Laut Timur (nama Korea untuk Laut Jepun) untuk menunjukkan ia mampu mencapai tapak pelancaran Korea Utara di Sunan, dekat lapangan terbang Pyongyang.

Namun, peluru berpandu kedua gagal terbang selepas dilancarkan.- AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com