Mexico Bakal Dilanda Taufan Katia Paling Lewat Sabtu Ini


BENGALURU - Taufan Katia yang membawa angin dengan kekuatan 130 kilometer sejam dijangka melanda kawasan timur laut Veracruz, Mexico.

Menurut laporan Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC), taufan itu kini berada kira-kira 195 kilometer dari Veracruz dan pemantauan sudah dipertingkatkan di sepanjang pantai Mexico hingga ke Cabo Rajo.

"Taufan dijangka bergerak ke arah barat laut dan mendekati pantai di kawasan pemantauan pada lewat Jumaat atau awal Sabtu," kata NHC. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com