'Meremang Bulu Roma Lakon Babak Dikafan'- Ummi Nazeera


KUALA LUMPUR- Pengalaman dikafankan ketika menjalani penggambaran filem 'Bisik Pada Langit' memberikan cabaran yang sukar dilupakan pelakon, Ummi Nazeera.

Isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang membawa watak Hajar dalam filem itu berkata, bulu romanya akan meremang setiap kali mengingati babak itu.

"Babak itu memberi pengalaman berbeza buat saya sebagai pelakon dan ketika melakonkannya, terdetik di hati beginikah rasanya apabila nyawa diambil nanti. Meremang bulu roma saya mengingatinya.

"Bayangkan, saya pula jenis klaustrofobia yang takut dengan ruang tertutup dan sempit. Sepanjang melakonkan babak itu, saya kawal minda supaya tidak panik.

"Pelakon Jalil Hamid yang saya panggil Uncle Jalil banyak mengajar saya untuk menampakkan babak itu tidak dibuat-buat. Beliau mengajar saya supaya menutup mata sambil menjulingkannya. Ternyata cara itu berkesan," katanya yang ditemui pada Malam Gala dan Pra Tonton Bisik Pada Langit, malam tadi.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com