Mekanik Didakwa Menyamar Pegawai SPRM


KOTA BHARU – Seorang mekanik dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, hari ini, atas dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menipu seorang individu berhubung urusan jual beli dua kereta tender milik suruhanjaya itu.

Dakwaan terhadap Mohd Zaidi Zakaria, 31, dibuat di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Pada prosiding berkenaan, tertuduh tidak mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa menyamar dan mendorong mangsa, Che Aiman Che Awang, 25, supaya menyerahkan RM8,150 bagi urusan pembelian dua kereta tender jenis Honda Jazz yang dikatakan dikeluarkan oleh pihak SPRM.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta sebat atau denda.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com