McDonald’s Korea Kesal Isu Berhubung Burger Penyebab


SEOUL - Ketua syarikat makanan segera, McDonald’s Korea, Joh Ju-yeon melahirkan rasa kesal berikutan dakwaan sesetengah pelanggan yang mengatakan kandungan burger yang kurang masak menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan.

Ju-yeon dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, dia menyatakan kekesalan berhubung perkara berkenaan.

Ini adalah kali pertama McDonald’s Korea mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Julai lalu, seorang wanita membuat aduan kepada pejabat pendakwa raya Seoul terhadap McDonald’s Korea dan mendakwa anak perempuannya berusia 5 tahun menghadapi masalah buah pinggang kekal selepas makan burger Happy Meal. - BERNAMA 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com