Mayat Lelaki Warga Pakistan Ditemukan Dengan Kesan Terbakar


SHAH ALAM - Satu mayat lelaki dipercayai warga Pakistan dengan kesan terbakar pada beberapa bahagian badan ditemukan di belukar di Jalan Kuari Air, Kampung Padang Jawa di sini petang semalam.

Utusan Malaysia difahamkan, mangsa dilaporkan hilang setelah 10 hari tidak pulang ke rumahnya.

Ketua Cawangan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.33 petang dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan polis telah berada di lokasi sementara menunggu Jabatan Forensik.

“Buat masa ini, mayat lelaki dipercayai warga Pakistan dengan terdapat kesan terbakar telah meninggal lingkungan dua atau tiga hari yang lalu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat,” katanya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com