Makin Banyak Periuk Api Ditemui Di Sempadan Myanmar-Bangladesh


AMNESTY International mempunyai bukti periuk api di pasang di sempadan Myanmar dengan Bangladesh yang setakat ini sudah membunuh tiga Rohingya dan mencederakan tiga lagi, termasuk dua kanak-kanak dengan seorang daripadanya putus kaki.

Berdasarkan temuramah dengan saksi serta analisis oleh pakar senjata, Amnesty International menyatakan periuk api itu dipasang di sepanjang laluan sempit dari utara ke barat sempadan negeri Rakhine.

“Tentera Myanmar antara beberapa negara di dunia, selain Korea Utara dan Syria masih menggunakan periuk api.” kata Pengarah Krisis Amnesty International, Tirana Hassan, yang kini berada di sempadan Bangladesh-Myanmar.

Sebahagian periuk api itu ditemui di Taung Pyo Let Wal (juga dikenali sebagai Tumbro) di Rakhine.

Masih ramai pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh, kembali ke perkampungan mereka sama ada untuk membantu orang lain melarikan diri atau mengambil barangan mereka.

Beberapa saksi nampak tentera Myanmar, termasuk polis pengawal sempadan memasang periuk api di sempadan.

Amnesty International turut menganalisis gambar wanita putus kaki yang dirakam dengan telefon bimbit dan pakar perubatan memutuskan kecederaan itu akibat letupan kuat bahan letupan di atas tanah yang mengarah ke atas, selari dengan letupan periuk api.

Pelarian turut menunjukkan gambar periuk api yang ditemui dan pakar senjata mengesahkan kepada Amnesty International ia adalah tulen.

Seorang pelarian Rohingya dan beberapa rakannya menemui enam periuk api tertanam kawasan letupan berlaku dan mereka mempertaruhkan nyawa mengeluarkan periuk api terbabit bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

Kerajaan Australia menyediakan latihan kepada tentera Myanmar manakala Russia dan Israel antara negara yang membekalkan senjata.

Kesatuan Eropah masih mengekalkan sekatan jualan senjata kepada Myanmar.

Awal minggu lalu, jurucakap kerajaan Myanmar yang menafikan laporan media mengenai pemasangan periuk itu berkata: “Siapa boleh memastikan bukan pengganas yang memasang periuk api terbabit?”

Beberapa hari kemudian Setiausaha Kementerian Luar Bangladesh Shahidul Haque mengesahkan kepada Reuters news bahawa Dhaka menyampaikan bantahan rasmi kepada Myanmar kerana memasang periuk api di sempadan kedua-dua negara.

Shoabib, 7, lies on the floor next to his father at Sadar Hospital in Cox's Bazar, Bangladesh, Sunday, Sept. 10, 2017. Shoabib got a bullet injury on the chest when Myanmar soldiers attacked his village. He and his father lost track of their family members when fleeing to Bangladesh. (AP Photo/Bernat Armangue).

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com