Mahathir Dan Pakatan Punca Sebenar Melayu Berpecah Belah, Bukan PAS


TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 'memulangkan paku buah keras' kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung punca perpecahan Melayu di negara ini.

Kata Tuan Ibrahim, Dr. Mahathir perlu berhenti menuduh PAS sebagai punca perpecahan Melayu, sebaliknya menilai gabungan pembangkang yang diketuainya sendiri, yang sememangnya cenderung mencetus permusuhan.

Beliau berkata selain kewujudan pakatan pembangkang yang mencetus pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), tindakan gabungan itu yang sebenarnya memulakan permusuhan dan menyerang PAS secara terang-terangan sekali gus menjurus ke arah perpecahan.

Tindakan Dr Mahathir menuding jari dengan mendakwa PAS sebagai punca perpecahan Melayu adalah tidak tepat kerana gabungan pembangkang diuketuyainya yang sebenarnya memulakan permusuhan itu, ujar Tuan Ibrahim.

"Tun (Dr Mahathir) perlu lihat apa yang berlaku dalam gabungan mereka yang kerap melakukan serangan kepada PAS.

Mereka yang mengisytiharkan PAN (Parti Amanah Negara) mahu mengambil alih Kelantan dan PAN bertanding semua di kerusi PAS, jadi kita dipersalahkan hingga berlaku perpecahan?

"Di sebalik kita menghulurkan tangan, mereka bertindak 'memukul' kita dari arah belakang, berhentilah pukul curi," katanya pada siri jelajah Timbalan Presiden PAS ke Perlis di Kampung Katong, Arau semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Dr Mahathir yang mendakwa PAS sebagai punca orang Melayu berpecah serta penyebab berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti kerana keengganannya menyertai gabungan pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak bermasalah untuk berhadapan PRU secara bersendirian kerana sudah biasa menghadapinya.

"PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kita sudah biasa menghadapinya. Kita pernah menang dan kita juga pernah kalah.

"Kita ditubuhkan bukan semata-mata untuk mentadbir tetapi sebagai gerakan menegakkan Islam, jika kita kalah (pilihan raya) sekali pun, perjuangan kita masih diteruskan," katanya.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku dalam PRU14 ini bukan dimulakan oleh PASs memandangkan terdapat parti-parti lain yang mengisytiharkan untuk bertanding di beberapa kerusi asal parti Islam itu.

Kelmarin Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kedah Salim Mahmood mengingatkan pengundi di negeri Kedah  supaya tidak terpedaya dengan memberi undi kepada Pakatan Harapan terutamanya DAP. - Kedahnenws.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com