Lokasi Kebakaran Terus Jadi Tumpuan


KUALA LUMPUR - Perkarangan Pusat Tahfiz Darul al-Quran Ittifaqiyah masih dikunjungi orang ramai sejak awal pagi semalam, untuk melihat lokasi kebakaran yang mengorbankan 23 penghuninya, kelmarin.

Mereka yang datang dari segenap pelusuk negara mula memenuhi kawasan terbabit seawal jam 7.30 pagi tetapi bilangannya berkurangan menjelang tengah hari.

Bagaimanapun, kawasan terbabit kembali dipenuhi mulai jam 3 petang tadi hingga menyebabkan laluan menjadi sesak.

Berdasarkan tinjauan BH, ada yang datang bersendirian manakala sesetengahnya membawa ahli keluarga.

Mereka dilihat meninjau persekitaran pusat tahfiz itu, selain ada yang merakam gambar dari dalam kenderaan.

Sumber: Berita Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com