Lima Kereta Mewah Di Simbah Asid Di Pusat Beli Belah Alor Setar


ALOR SETAR - Berkemungkinan besar atas perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab, sebanyak lebih kurang lima buah kereta mewah disimbah cecair dipercayai asid dalam satu kejadian di pusat membeli-belah Alor Setar dan kawasan berdekatan.

Dua buah kenderaan mewah yang terlibat merupakan sebuah kereta Toyota Vellfire dan sebuah kereta Mercedes-Benz yang dirosakkan berdekatan dengan pusat membeli-belah di Alor Setar masing-masing pada Rabu dan Khamis lalu.

Sementara Tiga yang lain merupakan BMW dan Honda Accord yang turut disimbah cecair tersebut di kawasan parkir pusat membeli-belah sama pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, pihaknya ada menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 42 tahun pada jan 12.10 pada pagi Ahad.

"Di dalam laporan itu, wanita terbabit memberitahu dia meletakkan keretanya di kawasan parkir pusat membeli-belah dan mendapati ia telah disimbah asid pada kira-kira pukul 10 malam.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com