Lihat Sendiri Keluarga Dibunuh Kejam, Lebih 1,000 Kanak-Kanak Hidup Tanpa Ibu Bapa


DIANGGARKAN 1,100 kanak-kanak Rohingya tiba di Bangladesh bersendirian, tanpa ibu bapa atau ahli keluarga meredah hutan, paya dan sungai ketika melarikan diri dari Myanmar untuk ke Bangladesh.

Mereka yang kehilangan keluarga di Rakhine, Myanmar, dan tidak tahu arah tuju akhirnya memutuskan membuat perjalanan ke Bangladesh.

Sebahagian mereka bergerak dalam kumpulan, sebahagian lagi bersendirian. Mereka yang bernasib baik bertembung dengan pelarian dewasa ketika dalam perjalanan.

Seorang kanak-kanak, Abdul Aziz, 10, (bukan nama sebenar atas sebab keselamatan keluarga) berkata: “Wanita dalam kumpulan pelarian dewasa bertanya di mana ibu bapa saya. Saya beritahu tidak tahu di mana mereka.”

Ramai daripada mereka menyaksikan sendiri ahli keluarga mereka dibunuh kejam di negeri Rakhine oleh tentera Myanmar dan penduduk Buddha yang disahkan PBB sebagai pembunuhan beramai-ramai pembersihan etnik.

Ada kanak-kanak yang sampai ke Bangladesh dengan kesan luka akibat tembakan serpihan peluru atau bom.

Mohammad Ramiz, 12, hidup sendirian di kem pelarian sementara di Ukhia, Bangladesh, berkata, selepas kehilangan keluarga dan keadaan semakin terancam menyebabkan dia menyeberang sungai bersama pelarian dewasa.

“Saya makan daun dan air sungai,” katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com