Lagi Pemimpin Tinggalkan PPBM, Srikandi NS Jangka Lebih Ramai ' Angkat Kaki'


ALOR SETAR - Ketika Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz gah menyatakan parti itu mendapat sokongan rakyat, semakin ramai pula yang keluar parti.

Terbaharu bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Hasnita Hishamudin mengisytiharkan keluar parti itu hari ini berkuat kuasa serta-merta.

Hasnita menjangka lebih ramai ahli Srikandi PPBM seluruh negara mengikut keputusannya untuk keluar parti dalam masa terdekat.

“Tindakan ini dibuat kerana parti ini mengamalkan kronisme dan pilih kasih melampau selain elemen-elemen jijik mula masuk ke dalam parti apabila mereka yang rapat dengan pemimpin tertinggi mengatur orang-orang sendiri.

“Jelas sekali ramai yang masuk ke dalam PPBM hanya mementingkan jawatan daripada memikirkan permasalahan rakyat dan ini sama sekali bertentangan dengan propaganda yang dimainkan ketika penubuhan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman.

Semasa ulang tahun pertama PPBM baru-baru ini, bekas Ketua Srikandi PPBM dan juga salah seroang pegasas parti itu, Anina Saadudin meluahkan rasa kecewa beliau tidak dijemput ke majlis itu.

Anina menyifatkan PPBM kini hanya untuk golongan elitis yang dekat dengan pucuk pimpinan dan kronisnya sahaja.

Jika itu yang dilakukan, beliau mempersoal kemampuan PPBM untuk menjaga seluruh ahli dan 32 juta rakyat Malaysia .

Tedahulu juga beberapa pemipiman PPBM termasuk Exco Armada dan pengasas parti  di Negeri Sembilan dan Perak turut tinggalkan parti kerana hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan. -Kedahnews.com
 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com