Lagi Pemandu Berlagak Seperti Samseng Jalanan


LAGI cerita samseng jalanan yang tular di media sosial, semalam. Melalui satu perkongsian seorang pelayar wanita di laman Facebook, menceritakan detik cemas apabila kenderaan dipandunya, dihimpit empat kereta di Lebuhraya Utara Selatan.

Menurut pelayar terbabit, kejadian bermula apabila sebuah kenderaan jenis Honda City berwarna putih melakukan aksi berbahaya. Beliau cuba membunyikan hon kepada pemandu berkenaan.

Sebaliknya kenderaannya dihimpit tiga lagi kereta jenis Proton Preve, Gen 2 dan Persona yang turut mengepung kereta dipandunya. Lebih cemas, pemandu Honda City cuba melanggar kenderaan dipandunya, namun sempat mengelak. 

Dia menghentikan kenderaan. Keempat-empat kenderaan yang menghimpit turut berhenti. Pemandu keluar dan salah seorang daripada mereka mengetuk cermin kereta pemandu wanita itu.

Akibat ketakutan, dia tidak mengendahkan sebaliknya menghubungi Plus.  

Menurut status tersebut, anggota polis dari Balai Polis Mersing mengiring mereka sehingga tiba di destinasi dengan selamat.

Turut dimuat naik, video bersama anggota polis membantunya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com