Kuda Rebah Tarik Pengantin


BADAN kebajikan haiwan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang selepas seekor kuda tiba-tiba rebah semasa membawa sepasang pengantin pada hari perkahwinan mereka.

Pasangan pengantin berkenaan sedang menaiki kereta kuda bagi menyambut perkahwinan mereka apabila kuda tersebut tiba-tiba rebah akibat panas dan keletihan.

Sebuah video menunjukkan si pengantin lelaki cuba membantu kuda tersebut untuk bangun di luar gereja di Borgetto, berhampiran Palermo, Sicily.

Tetamu lain yang berpakaian tradisional, juga dapat dilihat cuba membantu.

Lalu lintas di bandar itu terhalang oleh kuda dan keretanya yang dihiasi dengan bulu.

Sebelum rebah di bawah sinar matahari, kuda putih berkenaan telah memanjat jalan yang curam sambil menarik kereta yang membawa pasangan penantin yang duduk di bahagian belakang.

Kuda itu dikatakan menarik beban seberat 339.7kg apabila ia terbaring di tengah jalan.

Rakaman video dari sebuah flat berhampiran kemudiannya tersebar di internet.

Badan amal hak asasi haiwan Itali kini mengancam untuk memfailkan tuntutan mahkamah berhubung dengan kes itu.

"Kami telah menulis kepada pihak berkuasa tempatan untuk meminta mereka mengesahkan keadaan semasa kuda itu." 

Sumber: MetroUK

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com