Kesan Awal Kanser Usus Penting Untuk Rawatan


SANDAKAN - Pengesanan awal kanser usus atau kolorektal penting bagi memastikan seseorang mampu mendapatkan rawatan atau nasihat kesihatan yang diperlukan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata kanser ini dihadapi hampir 80 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas di negara ini.

Katanya kanser ini adalah yang utama dalam kalangan lelaki manakala kedua kalangan wanita selepas kanser payudara.

Dari segi kos rawatan, bagi peringkat pertama kanser itu memerlukan RM12,000 manakala RM30,000 bagi peringkat keempat, katanya.ketika merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Usus Besar anjuran bersama Jabatan Pembedahan Am Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan Persatuan Surgeri Sandakan di sini, baru-baru ini.

Kanser kolorektal adalah ketumbuhan malignan yang terdapat di usus besar dan ia boleh berlaku di sel-sel dinding usus besar atau pangkal usus besar.

Kanser kolorektal terjadi secara berperingkat sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Christina berkata kanser ini adalah sejenis kanser yang kerap berlaku di Malaysia dengan anggaran sebanyak 4,500 kes baharu direkodkan setiap tahun.

Katanya ia boleh dirawat jika dikesan awal tetapi kurangnya kesedaran, hanya 10 peratus kes dapat dikesan di Malaysia.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com