Kenapa Pembangkang Perlu Halang Lawatan PM Ke Amerika Syarikat?


PERBUATAN  pembangkang meminta Kabinet menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke White House disifatkan sebagai perbuatan terdesak.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsudin berkata, ini kerana pembangkang berasa tergugat dengan jemputan itu yang turut dilihat sebagai pengikhtirafan terhadap kepemimpinan Datuk Seri najib.

Katanya, pembangkang seharusnya berfikiran terbuka kerana jemputan tersebut adalah satu peranan bagi Malaysia dalam usaha menjalinkan hubungan diplomatik dan bukannya.

“Pihak pembangkang tidak harus menjadikan jemputan itu sebagai satu agenda politik, ini adalah membuktikan sikap sebenar pembangkang yang busuk hati dan pelik apabila Datuk Seri Najib terima jemputan tersebut, sebaliknya kita perlu dilihat sebagai satu perkara yang positif khususnya memperkukuhkan ekonomi.

“Pembangkang ini sebenarnya ketandusan idea sehinggakan sanggup mempolitikkan jemputan itu sebagai sesuatu yang tidak betul walaupun jemputan itu adalah sebagai penghargaan hubungan diplomatik kedua-dua negara selepas 60 tahun menjalinkan hubungan dua hala,” katanya ketika ditemui selepas membuat pelepasan Program Pendakian Santai ’Amal Gaya Hidup Sihat’ anjuran Puteri UMNO Bandar Tun Razak.

Yang turut hadir Ketua UMNO Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Ketua Puteri bahagian, Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Program yang berkonsepkan santai yang disertai kira-kira 50 remaja itu merupakan program gaya hidup sihat serta salah satu cara meningkatkan tahap kesihatan dalam usaha mencegah penyakit berisiko tinggi.

Mengulas lanjut, Mas Ermiyati memaklumkan, jemputan oleh Trump dalam tahun pertama beliau sebagai presiden melambangkan pentingnya Malaysia kepada AS sebagai rakan strategik rantau Asia.

“Kritikan pembangkang tidak perlu diambil kira lagi memandangkan kumpulan itu hanya pandai mencari salah dan silap pentadbiran sebaliknya kumpulan mereka sendiri juga berada dalam kucar-kacir,” katanya.

Mas Ermiyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah Melaka berkata, sepatutnya kita berbangga apabila negara kita yang masih dalam proses membangun dijemput oleh negara kuasa besar.

Sumber: Utusan

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com