Kenang 20 Tahun Kematian Diana


LONDON - Orang ramai khususnya peminat Puteri Diana berhimpun sejak awal pagi di Istana Kensington untuk memperingati wanita yang mengubah keluarga diraja Britain dengan kematiannya dalam nahas jalan raya, 20 tahun lalu.

Diana, antara wanita paling terkenal di dunia, terbunuh pada usia 36 tahun pada 31 Ogos 1997 apabila limosin dinaiki terbabas di dalam terowong ketika melarikan diri daripada paparazzi yang mengejar menaiki motosikal.

Kematiannya diratapi rakyat Britain selain memberi kesan negatif secara tidak langsung terhadap keluarga diraja yang dituduh tidak berperasaan.

Susulan itu, Ratu Elizabeth berjanji kepada rakyat untuk mencontohi Diana yang dianggap titik perubahan memodenkan pendekatan keluarga diraja terhadap orang kebiasaan.

Caryll Foster, 57, yang datang pada jam 3 pagi ke Kensington - waktu kematian Diana diumumkan pada 1997 - berkata: “Dia benar-benar membawa pembaharuan. Keluarga diraja nampak tidak berperasaan, sebaliknya dia sangat baik hati dan menunjukkan kasih sayang.

“Dia sangat istimewa dan kami mahu memastikan memorinya kekal selama-lamanya.”- Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com