Keluarga Diraja Johor Berangkat Ke Alor Setar


PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Alor Setar untuk Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.

Keberangkatan keluarga Diraja Johor itu mewakili Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dikongsikan menerusi Facebook (FB) Johor Southern Tigers.

"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim berangkat hadir ke Majlis Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Diraja KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah pada 12 September 2017.

"Turut mengiringi keberangkatan baginda ke majlis tersebut adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. Allah Peliharakan Sultan," kata kenyataan itu dikongsikan, 12.19 tengah hari tadi.

Sumber:MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com